PEMBIMBING RAKAN SEKERJA (PERASA)
DALAM PENGURUSAN SEKOLAH BERKESAN.
Oleh
Tn. Haji Ibrahim bin Ahmad
Pengetua
SMK(F) Besout
35600 Sungkai, Perak.

Bidang “peer councelling” diperkenalkan oleh IAB kepada para pendidik pada pertengahan tahun  1980an atas inisiatif Puan Zuraidah bt Abdul Rahman.Latihan “Training of trainers” dalam bidang berkenaan melahirkan  jurulatih  yang menyebarkan kefahaman dan pendekatan pergerakan rakan sebaya di kalangan pelajar sendiri. Ramai pelajar mendapat menafaat penjelasan nilai, kematangan emosi dan kecerdasan pemikiran daripada program ini.

Sementara pelajar mendapat menafaat dari program ini, golongan guru dan kakitangan dalam sistem pendidikan terabai dalam program yang serupa. Terdapat jurang kekosongan antara pengalaman rakan sebaya pelajar dan pengalaman bimbingan guru dan kakitangan di kalangan pekerja dalam sistem pendidikan.

Encik Shahbuddin Ashaari menyebarkan “peer councelling’ untuk guru dan kakitangan dalam sistem pendidikan. Ilmu bagi program PERASA didasari oleh Program Pembimbing Rakan Sebaya. Ilmu PERASA diperkayakan dengan mengambil kira psikologi orang dewasa, pengalaman kerja dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran orang dewasa (andragogi). Seterusnya program latihan perintis dilaksanakan bagi kelompok kliental yang berbeza bagi seluruh negara Malaysia dan Brunei. Antara yang penah mengikuti program ini dan memberikan maklumbalas positif adalah PPD, pengetua, guru besar, penolong kanan, guru-guru pakar, nazir dan staf sokongan. Kini program PERASA adalah antara satu program latihan  yang  paling popular.
 
 

KONSEP PERASA

                Sebagai satu program yang diubahsuai daari program PRS. Program ini ditumpukan kepada golongan  pekerja di dalam sesebuah organisasi. PERASA bermakna seseorang pekerja yang berminat untuk membaiki diri ke arah yang lebih positif. Mereka diberi latihan asas perhubungan kemanusiaan, penerokaan kendiri  dan kemahiran lanjutan mengikut keperluan sesebuah organisasi. Ini merupakan satu cara membantu pekerja menghadapi isu dan cabaran seharian dalam dunia pekerjaan dengan lebih berkesan. PERASA dianggap sebagai satu perkhidmatan sokongan, yang mempunyai kemahiran asas membimbing rakan ke arah mencapai  matlamat institusi.
 

RASIONAL PERASA

                 Individu lebih mudah menceritakan sesuatu isu atau masalah kendiri kepada orang yang rapat dengannya. Ini termasuk ahli keluarga dan rakan sekerja.Oleh itu adalah amat sesuai  rakan sekerja dilatih
dengan kemahiran-kemahiran untuk membantu rakan sekerja. Cabaran kehidupan hari ini semakin meningkat kerana manusia semakin ramai, saingan  semakin sengit dan tekanan semakin bertambah. Rakan sekerja adalah individu yang paling sesuai untuk dilatih dengan kemahiran “rakan membimbing rakan” kerana individu ini lebih banyak masanya bersama sakan sekerja setiap hari.
 
 

FALSASAH PERASA

                 Sebagai manusia biasa PERASA mempunyai sifat-sifat diri yang positif dan sifat-sifat diri yang boleh dibaiki sebelum membimbing rakan sekerja. PERASA seharusnya meneroka dirinya, mengenali dan membina dirinya ke arah positif. Ia seharausnya  ‘MEMBINA  DIRI,MEMBIMBING RAKAN’.

OBJEKTIF PERASA

Program PERASA diwuudkan agar mancapai objektif berikut :


KEBAIKAN MENJADI AHLI PERASA

Untuk diri sendiri:
 

Untuk keluarga:
 


Untuk organisasi
 


CIRI-CIRI PERASA
 


 

PERANAN PERASA

Selepas mendapat latihan asas, diharapkan PERASA akan dapat melaksanakan peranan sebagai rakan:


TANDA-TANDA TINGKAHLAKU BERMASALAH DI  SEKOLAH:
 


ETIKA PERASA

Dalam melaksanakan peranan sebagai seorang PERASA, individu perlu mengamalkan etika tertentu. Ini akan mempertingkatkan kepercayaan pihak lain terutamanya rakan sekerja terhadap PERASA. Kepercayaan rakan akan memudahkan lagi menyebarkan budaya positif di tempat kerja melalui ikatan tingkahlaku PERASA yang boleh dijadikan “role model”.
 

Kerahsiaan

Keyakinan dan kepercayaan rakan sekerja terhadap PERASA akan membantu mereka membuat pendedahan kendiri dengan lebih berkesan. Pendedahan kendiri yang jujur menolong PERASA mendapat maklumat yang tepat mengenai rakannya. Maklumat yang tepat akan membolehkan PERASA membimbing rakannya dengan lebih berkesan.

 Keyakinan rakan sekerja kepada PERASA akan meningkat jika mereka tahu bahawa segala maklumat yang diceritakan kepada PERASA adalah selamat dan tidak akan dibocorkan kepada orang lain.

 Maklumat boleh diceritakan kepada orang lain yang dapat membantu jika sekiranya rakan tersebut membenarkan maklumatnya diceritakan kepada orang lain. Sekiranya maklumat tersebut boleh merosakkan dirinya atau orang lain, maka maklumat tersebut bolehlah diceritakan kepada orang lain yang dapat membantunya walaupun tanpa kebenaran rakan. Contohnya, jika raka PERASA berkata dia akan membunuh diri atau membunuh orang lain.

Tidak Mengambil Kesempatan

Rakan yang menghadapi isu dan cabaran hidup yang berat akan mempercayai PERASA yang sanggup memberi perhatian dan mendengar luahan isi hatinya. Kepercayaan ini jangan diabaikan. Kepercayaan ini harus dibalas dengan bimbingan yang jujur. Elakkan dari “menangguk di air yang keruh”.

Bersikap Terbuka

Sebagai PERASA seharusnya dapat menerima semua rakan secara terbuka dan tidak pilih kasih. PERASA juga perlu menerima teguran, pendapat dan pandangan orang lain terhadapt sesuatu isu secara terbuka dan rasional.

Membimbing Rakan Ke Arah Hidup Berdikari

PERASA tidak menggalakkan rakan yang dibimbingnya sentiasa bergantung kepadanya. Rakan seharusnya dibimbing ke arah hidup berdikari dan boleh membuat keputusan sendiri serta bertanggungjawab terhadap keputusan.

Mengekalkan Objektif PERASA Dalam Melaksanakan Peranannya

PERASA harus sentiasa bertindak di tempat kerjanya ke arah mencapai objektif penubuhan PERASA.

Membuat Rujukan

PERASA harus menyedari keupayaan dan kemampuan dirinya untuk membimbing rakannya. Beliau harus membuat rujukan kepada orang lain yang dapat membimbing rakannya dengan lebih berkesan jika PERASA tidak mampu lagi membimbing rakannya. Jika rakannya tidak mahu dirujukkan kepada pakar lain, PERASA haruslah menjelaskan limitasi dan kemampuan dirinya.

Mengimbang Keperluan

PERASA harus menyedari keperluan diri, organisasi dan komuniti supaya dapat mengisi keperluan tersebut dengan seimbang. Dengan ini dapat mengelakkan daripada sesuatu pihak dipergunakan atau dijadikan mangsa.

PRINSIP-PRINSIP PERASA

Pendekatan Membimbing Bukan Menghukum

PERASA tidak menjalankan peranan sebagai penghukum atau pelaksana hukuman. Urusan hukum menghukum diserahkan kepada pihak pengurusan. PERASA terus membimbing walaupun ke akhir hayat

Penerimaan Tanpa Syarat

Setiap manusia ingin diterima, unik dan penting. PERASA menerima manusia lain tanpa syarat.

Melihat Dalaman

PERASA membimbing rakan melihat ke dalam diri sendiri, kenal diri, bina diri dan yakin diri melalui keputusan yang dibuat sendiri dan bertanggungjawab ke atas keputusan tersebut.

Setiap Manusia Mempunyai Potensi Tersendiri

PERASA mempercayai dan yakin bahawa setiap manusia mempunyai potensi tersendiri untuk berubah dan berkembang ke arah yang positif. Perubahan akan berlaku melalui tindakan yang bersungguh-sungguh secara penuh kesabaran dan bertawakal kepada Tuhan.

Sopan

PERASA mengamalkan tingkahlaku yang halus dan sopan dalam semua tindakan secara lisan dan bukan lisan.

Pendirian Tersendiri

Setiap manusia unik dan mempunyai pandangan tersendiri terhadap sesuatu isu atau cabaran. Apabila ia tahu, sedar dan faham tentang isu dan cabaran, ia berupaya mengatasinya sendiri.

Keihklasan

PERASA memberi bimbingan dan bantuan kepada orang lain dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Manusia Mempunyai Keperluan

PERASA percaya bahawa setiap manusia mempunyai keperluan yang perlu dipenuhi. Antara keperluan tersebut ialah:


Gigih

PERASA akan sentiasa membimbing rakannya tanpa merasa jemu dan kecewa walaupun hasilnya negatif dan seterusnya bertawakal kepada Tuhan.

KEMAHIRAN PERASA

Kemahiran Asas

Sebelum membimbing rakan,  PERASA seharusnya meneroka dan mengkaji dirinya. Ini bertujuan mengenalpasti sifat dirinya dari aspek rohani, emosi, jasmani, sosial dah sahsiah. Sifat yang baik diperkembangkan dan yang kurang perlu diperbaiki. Kemahiran mengkaji dan meneroka diri perlu dipelajari.

PERASA juga perlu mempunyai kemahiran asas yang lain :

KESIMPULAN

Sesungguhnya, PERASA merupakan satu pendekatan dalam membantu mewujudkan sekolah berkesan. Pengetua dalam pelbagai stail kepimpinan yang berkesan sepatutnya dapat diterima dalam organisasinya tersendiri. Suasana organisasi yang harmonis, ceria dan interaksi serta hubungan yang erat menjadi pemangkin pengurusan berkesan.
 
 

Rujukan;

1.PERASA  (Pembimbing Rakan Sekerja) Dalam Pengurusan Pendidikan, IAB,1996.

2.Muhamad Jantan,Ibubapa Profesional,Nurin Enterprise,KL 1993.

BACK