- Kini pasukan
KRS sekolah sedang giat berlatih kerana dipilih mewakili daerah Batang
Padang ke Pelancaran Rasmi Kadet Remaja Sekolah Peringkat
Negeri Perak pada 24 Julai 1999. Satu platun perempuan akan dihantar
di Majlis tersebut. Tuan Pengetua Major KRS Haji Ibrahim Ahmad turut hadir
selaku ketua kotinjen KRS SMK Felda Besout.
Pasukan Platun Perempuan
dipilih kerana merupakan antara pasukan teraktif di daerah Batang Padang.
Pasukan Kadet Remaja Sekolah adalah antara Unit
Uniform yang aktif di sekolah. Antara aktiviti pada tahun 1997 ialah
menyertai perbarisan Hari Sukan 1997, mengadakan perkhemahan pertama di
sekolah pada Mac 1997, menyertai perkhemahan Rekreasi Daerah di Trolak
Timur, perkhemahan Unit Beruniform di Teluk Batik.
Aktiviti 1998 pula mengadakan perkhemahan Alpha
di sekolah, Perbarisan Hari Sukan 1998, Perkhemahan Unit Beruniform Di
Pulau Pangkor dan Rekreasi Sehari di Lata Kinjang.
Perbarisan Hari Sukan 1999
Pada 26 Februari 1999 menyertai Kursus Orienteering
Di SMK Sungkai.
Pada 19 hingga 21 Mac 1999 pula mengadakan perkhemahan
Alpha II.di sekolah.
24 Julai 1999 - Mewakili daerah Batang Padang di
Pelancaran KRS peringkat Negeri Perak di STAR Ipoh.