Kemahiran Geografi

Bering

 Arah satu objek dari satu objek lain dapat dinyatakan dengan menggunakan kaedah bearing. Bearing dapat dinyatakan dalam dua kaedah iaitu bering sudutan atau azimut dan bering sukuan.

  Bearing sesuatu tempat di permukaan bumi dapat ditentukan dengan menggunakan kompas magnetik. Di atas peta, bearing dapat ditentukan dengan menggunakan jangka sudut/protektor.

 

 Skala

 Skala peta dapat dinyatakan sebagai skala lurus, skala penyata dan pecahan pengimbang. Setiap skala ada kebaikannya.

  Skala-skal ini dapat ditukar daripada satu jenis kepada satu jenis yang lain. Sebagai contoh, skala lurus dapat ditukar kepada pecahan pengimbang dan sebaliknya.

 Keluasan sesuatu kawasan di dalam peta dapat ditentukan dengan menggunakan skala peta tersebut.

 

 Mengorientasi Peta

 Dalam peta topografi dimuatkan maklumat-maklumat yang ada kaitannya dengan ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya. Ciri-ciri ini dapat dikenali dengan merujuk kepada simbol, perkataan atau warna yang terdapat dalam peta berkenaan.

  Berdasarkan maklumat ini, dapat membuat beberapa tafsiran yang munasabah. Sekiranya kita membawa peta untuk kerja luar, kita perlu mengorientasi peta terlebih dahulu supaya kedudukan kita di lapangan dapat ditentukan dengan tepat.

 

 Graf, Gambar rajah dan Foto

 Maklumat yang diperoleh daripada kerja luar atau daripada data-data yang sedia ada dapat digambarkan dengan menggunakan graf. Ada banyak jenis graf yang dapat digunakan bergantung kepada kehendak kita seperti graf garis, graf palang dan carta pai.

  Selain itu, gambarajah dapat digunakan untuk membantu huraian kita tentang sesuatu masalah atau isu. Dengan menggunakan gambar rajah, menjelaskan sesuatu perbincangan.


BACK