SEKOLAHKU RUMAHKU
SMKF BESOUT

Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Besout adalah sebuah sekolah luar bandar, iaitu di perkampungan FELDA Gunung Besout. Ia terletak kira-kira 37km dari bandar Sungkai dalam daerah Batang Padang, selatan Negeri Perak. Bandar Slim River terletak kira-kira 35km dari sekolah ini.Sementara Pejabat Pendidikan Daerah terletak di Tapah.

    Sekolah ini mula di tubuhkan pada 9 Januari 1984.Terdapat 210 orang pelajar menjadi perintis kepada sekolah ini. Asalnya menumpang di bangunan sekolah rendah, sekolah agama dan rumah kilang. Kemudian satu blok satu tingkat bangunan pasang siap. Seterusnya sebuah bagunan gotong royong dibina bersebelahan.

    Pada tahun Februari 1994 tiga blok bangunan tiga tingkat dan satu blok bangunan makmal sains tulen siap dan mula diduduki.

    Kini terdapat 1773 orang pelajar dan 95 orang guru dan staf sokongan. Tahun 1999 sekolah kini mempunyai bangunan baru - Bangunan Kemahiran Hidup.



 


FALSAFAH SEKOLAH
Suatu usaha ke arah pembentukan individu yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, berketrampilan serta sentiasa mengamalkan norma-norma hidup berlandaskan ajaran Islam.


WAWASAN SEKOLAH

Wawasan Umum

Adalah menjadi cita-cita warga sekolah ini untuk meningkatkan imej sekolah ketahap yang terbaik dalam semua aspek.

Wawasan Khusus

*Meninggikan tahap pencapaian dalam korikulum dan kokurikulum.
*Melahirkan seseorang yang berakhlak mulia.
*Mewujudkan pengurusan yang komited dibidang pendidikan.

LOGO SEKOLAH

Tarikh penggunaan:1 Dis.1993
WARNA
BENTUK

MUKA DEPAN