NOTA PADAT DAN TEPAT
P M R
SEJARAH
BERSAMA
GURU SEJARAH
TINGKATAN DUA
BAB 1 BRITISH MENGUASAI NEGERI-NEGERI MELAYU
-
1771 Pemberontakan kerabat diraja dan serangan orang Bugis berlaku serentak
di Kedah
-
Kerajaan Burma dan Siam turut mengancam kerajaan Kedah
-
British pula ingin mencari pengkalan baru di Kepulauan Melayu untuk dijadikan
pusat pungutan hasil Kepulauan Melayu, pelabuhan persinggahan dan pusat
tentera laut (persediaan daripada serangan Peranchis)
-
1786 Sir Francis Light telah menduduki Pulau Pinang hasil tipu helah
terhadap Sultan Abdullah
-
Sultan Abdullah cuba mengusir British daripada Pulau Pinang beberapa kali,
tetapi gagal
-
Mei 1791 Sultan Abdullah dipaksa menandatangani perjanjian dengan British
-
1800 British berjaya memperolehi Seberang Perai hasil perjanjian dengan
Sultan Diyauddin Al-Mukarram Syah
-
Johor menghadapi ancaman Belanda dan campur tangan Bugis pada kurun ke
18
-
Perebutan takhta berlaku antara Tengku Abdul Rahman dengan Tengku Hussein
(Tengku Long) setelah kemangkatan Sultan Mahmud Syah III pada tahun 1812
-
Pada masa yang sama British cuba mencari pengkalan baru di timur untuk
menghadapi saingan Belanda
-
Stamford Raffles mengambil kesempatan dengan melantik Tengku Hussein sebagai
Sultan Johor Riau yang sah dengan syarat British dibenarkan membuka pengkalan
di Singapura
-
Pendudukan Singapura membuatkan Belanda tidak berpuas hati kerana Sultan
Johor yang sepatutnya ialah Tengku Abdul Rahman dan Singapura pula berada
di bawah pengaruh mereka
-
17 Mac 1824 Perjanjian Inggeris dan Belanda ditandatangani dan hasilnya
Kepulauan Melayu dan Empayar Johor Riau terbahagi dua, dan Singapura pula
menjadi tanah jajahan British
-
1826 Pulau Pinang, Melaka dan Singapura disatukan menjadi Negeri-Negeri
Selat
BAB 2 PERKEMBANGAN KEGIATAN EKONOMI
-
Masalah yang berlaku di Negeri-Negeri Selat tidak dipedulikan oleh British
yang mentadbir dari Calcutta, India
-
Negeri-Negeri Selat menghadapi masalah kegiatan lanun, kongsi gelap Cina
(Hai San dan Ghee Hin), dijadikan tempat pembuangan banduan, pembatalan
taraf pelabuhan bebas, pengenalan Akta Mata Wang 1855 dan tiada perwakilan
semasa pembentukan undang-undang Negeri-Negeri Selat di India
-
1867 - Pentadbiran Negeri-Negeri Selat dipindahkan ke London dan hasilnya
perdagangan berkembang maju
-
Pertanian niaga bermula di Pulau Pinang dan Singapura
-
Di Pulau Pinang, lada hitam mula ditanam, kemudian diganti dengan buah
pala, bunga cengkih dan akhirnya tebu
-
1850 - Lada hitam dan gambir mula ditanam di Riau dan Singapura
-
1840 an banyak ladang lada hitam dan gambir dibuka di Johor
-
Temenggung Ibrahim telah memperkenalkan Sistem Kangcu (Ketua Sungai)
-
Perlombongan bijih timah menjadi kegiatan utama di Larut, Lukut, Kelang,
Sungai Ujong, Melaka dan Pahang
-
Negeri-Negeri Selat mempunyai hubungan perdagangan yang rapat dengan negeri-negeri
Melayu yang berjiran
BAB 3 PERLUASAN KUASA BRITISH
-
Sarawak ditadbir oleh Pangeran Brunei dengan penuh penindasan
-
1836 Orang Bidayuh dan pembesar Melayu telah memberontak
-
Raja Muda Hashim meminta bantuan James Brooke dan pemberontakan berjaya
dihapuskan
-
24 Nov. 1841 James Brooke dilantik menjadi Gabenor dan kemudiannya dengan
membuat ugutan beliau telah menjadi Raja Putih Sarawak
-
1874 British mula campur tangan di negeri-negeri Melayu kerana ingin
menjaga kepentingan ekonomi dan kedudukan mereka
-
Keadaan huru-hara, pergaduhan antara pembesar Melayu dan kongsi gelap Cina
dan permintaan bantuan oleh pembesar Melayu dijadikan alasan untuk British
campur tangan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan memperkenalkan
Sistem Residen
-
Pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San serta perebutan kuasa
antara Raja Abdullah dengan Raja Ismail mengakibatkan British campur tangan
dan memperkenalkan Sistem Residen di Perak melalui Perjanjian Pangkor pada
20 Jan. 1870
-
16 Nov. 1873 Sebuah kapal dari Pulau Pinang dirompak di Kuala Langat
dan ini dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan di Selangor
-
Perebutan kuasa untuk memungut cukai di Sungai Linggi membolehkan British
campur tangan di Negeri Sembilan
-
Pembunuhan rakyat British bernama Go Hui di Pekan, dijadikan alasan oleh
British untuk campur tangan di Pahang
-
Di Sabah, sistem pajakan yang dibuat oleh Sultan Sulu, membolehkan Sabah
dikuasai oleh Kompeni Berpiagam Borneo Utara (1881 1946)
BAB 4 PEMANTAPAN KUASA MELALUI PENTADBIRAN BARU
-
1846 Sultan Brunei telah dipaksa menyerahkan Sarawak kepada James Brooke
-
James Brooke memerintah secara monarki
-
Pembaharuan dilakukan dalam pentadbiran seperti memperkenalkan Majlis Tertinggi
dan Majlis Negeri, serta memecahkan Sarawak kepada 5 bahagian yang ditadbir
oleh Residen
-
Pembaharuan juga dibuat dalam bidang ekonomi seperti memajukan perlombongan
emas dan antimoni, penanaman sagu, lada hitam dan gambir serta menghapuskan
adat yang merugikan
-
Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang bermaksud
British hanya berfungsi sebagai penasihat kepada Sultan dan tidak boleh
campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu
-
Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk membolehkan British berunding
dengan pembesar Melayu dalam hal pentadbiran
-
British membahagikan kawasan pentadbiran negeri Melayu kepada unit yang
lebih kecil iaitu kepada daerah, mukim dan kampung
-
Di Sabah, Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) yang menghadapi masalah
modal dan kakitangan telah membahagikan Sabah kepada 4 Residen (ditadbir
oleh Residen) dan dipecah pula kepada daerah-daerah (ditadbir oleh Pegawai
Daerah)
-
Sewa tanah yang murah dan kemasukan buruh Cina masih lagi gagal untuk menarik
pelabur barat ke Sabah
BAB 5 KEDAH, PERLIS, KELANTAN DAN TERENGGANU
MENERIMA PENASIHAT BRITISH
-
Siam sering mengancam Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
-
Jun 1826 Perjanjian Burney diadakan antara Siam dan British dengan tujuan
untuk menjaga kepentingan ekonomi British melalui dasar mengadakan hubungan
yang baik antara kedua belah pihak
-
Setelah gagal melalui peperangan, Sultan Ahmad Tajuddin berusaha mendapatkan
semula Kedah daripada Siam melalui perundingan
-
1842 Setelah mendapat semula Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin mulai berusaha
memodenkan Kedah seperti membina Terusan Wan Mat Saman
-
Perlis hanya wujud selepas Siam menyerahkan semula Kedah kepada Sultan
Ahmad Tajuddin
-
Akibat perebutan takhta antara Tengku Muhammad dengan Long Muhammad, Kelantan
meminta bantuan Siam untuk mengatasi ancaman Terengganu
-
1902 Perjanjian Inggeris Siam diadakan dan Kelantan menerima Penasihat
British (dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi Siam)
-
Kebijaksanaan Sultan Zainal Abidin III (1881 1919), membolehkan Terengganu
berjaya menolak campurtangan British
-
1919 Sultan Muhammad telah membenarkan wakil British bertugas di Terengganu
-
1909 Melalui Perjanjian Bangkok, Siam telah menyerahkan Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu kepada British
BAB 6 JOHOR MENGHADAPI KEMARAAN BRITISH
-
Melalui perjanjian (1855), Temenggung Daeng Ibrahim berjaya menguasai seluruh
Johor kecuali Muar yang dikuasai oleh Sultan Johor iaitu Tengku Ali
-
Temenggung Abu Bakar yang menggantikan Temenggung Ibrahim pada tahun 1862
telah menguasai seluruh Johor selepas kemangkatan Tengku Ali (1877)
-
1855 Temenggung Abu Bakar (digelar Bapa Johor Moden) menandatangani perjanjian
persahabatan dengan British dan baginda telah diiktiraf sebagai Sultan
Johor
-
Melalui Undang-Undang Tubuh Johor (1895) British telah gagal untuk menguasai
negeri Johor
-
1860an Sistem pendidikan moden diperkenalkan di Johor dan pada tahun
1883, Jabatan Pelajaran ditubuhkan
-
Pembesar Johor yang berwibawa seperti Datuk Jaafar, Abdul Rahman Bin Andak
dan Datuk Mohd Salleh Bin Perang membolehkan Sultan Abu Bakar menjadikan
Johor moden dan maju
-
Pelbagai usaha British untuk menguasai Johor telah gagal, dan akhirnya
pada tahun 1914, Sultan Ibrahim telah menerima pegawai British sebagai
Penasihat Am
BAB 7 PERJUANGAN MENENTANG BRITISH
-
Di Naning, Datuk Penghulu Dol Said telah menentang Inggeris dari 1831
1832 kerana menganggap Naning daerah yang bebas dan enggan membayar cukai
kepada British
-
Di Selangor, Raja Mahdi menentang British yang menyokong Tengku Kudin sebagai
Wizurai Selangor
-
Larangan memungut cukai dan peraturan membayar cukai tanah dan lesen untuk
memungut hasil hutan mengakibatkan Dato Bahaman menentang British di Pahang
-
Dato Bahaman yang disokong oleh Tok Gajah dan Mat Kilau telah menyerang
balai polis Lubuk Trua pada 1891
-
Larangan memungut cukai, campur tangan dalam adat istiadat Melayu dan sikap
sombong mengakibatkan JWW Birch dibunuh di Pasir Salak pada 2 Nov. 1875
oleh Datok Maharajalela, Pandak Induk, Tok Sagor dan Seputum
-
Tengku Antah (Yam Tuan Besar Sri Menanti) menentang British kerana mereka
menyokong Dato Kelana yang berkuasa di Sungai Ujong
-
1876 Tengku Antah menandatangani perjanjian dengan British dan kekuasaannya
diiktiraf
-
Di Sarawak, Syarif Masahor yang tergugat kuasanya di Sungai Rejang telah
menentang James Brooke
-
Ketua Iban iaitu Rentap (Libau) telah menentang kemaraan kuasa British
di kawasan kaum Iban
-
1861 Kubu Rentap di Bukit Sadok ditawan oleh Charles Brooke dan penentangan
Rentap pun berakhir
-
Mat Salleh menentang Kompeni Berpiagam dari 1894 1900 kerana mereka telah
membakar kampungnya
BAB 8 KEBANGKITAN PADA ABAD KE 20
-
Pelaksanaan pelbagai cukai baru dan kehilangan kuasa mentadbir kawasan
serta memungut cukai mengakibatkan Tok Janggut menentang British di Pasir
Puteh, Kelantan
-
1914 Tok Janggut membunuh Sarjan Che Wan dan menawan Balai Polis Pasir
Puteh selama 3 hari
-
Penentangan di Terengganu bermula di Kuala Temelong pada tahun 1925 apabila
penduduk dimestikan mendapat Pas Kerajaan sebelum membuka sesuatu tanah
-
1928 Kebangkitan besar berlaku di Kuala Berang di bawah pimpinan Haji
Abdul Rahman Limbong
-
1893 Banting menentang kerajaan Brooke di Sarawak apabila sesetengah
adat dan upacara orang Iban cuba dihapuskan
-
1915 Orang Murut melakukan pemberontakan di bawah pimpinan Antanum kerana
mereka dilarang menebang hutan dan dipaksa membina jalanraya tanpa dibayar
gaji
BAB 9 PERLUASAN SISTEM PENTADBIRAN BRITISH
-
Kegagalan pelaksanaan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang mengakibatkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB) ditubuhkan
pada 1 Julai 1896, iaitu hasil daripada Perjanjian Persekutuan pada 1 Julai
1895
-
NMB ditubuhkan supaya negeri-negeri kaya (Perak dan Selangor) dapat membantu
negeri-negeri miskin (Pahang dan Negeri Sembilan), sistem pentadbiran yang
sama dapat diwujudkan, pertahanan dan perhubungan dapat diperbaiki dan
kuasa Residen dapat dikawal oleh Residen Jeneral
-
1897 Durbar dibentuk untuk memudahkan Pesuruhjaya Tinggi, Residen Jeneral,
Residen dan Raja-Raja Melayu membincangkan hal-hal kepentingan bersama
-
1909 Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan untuk mengurangkan kuasa
Residen Jeneral dan membincangkan sesuatu undang-undang sebelum diluluskan
-
1925 British melaksanakan dasar Desentralisasi untuk merapatkan hubungan
antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu
-
Awal kurun ke 20, orang Melayu mula melibatkan diri dalam pentadbiran dengan
menjadi Pegawai Daerah dan Penolong, Timbalan Penolong Pegawai Daerah,
Majistret, Pengerusi dan Penolong Pengerusi Lembaga Kesihatan
-
1941 Vyner Brooke membentuk satu Perlembagaan di Sarawak dimana kuasa
pemerintahan diserahkan kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri, dan
Sarawak juga dijanjikan kemerdekaan
-
Dari 1881 1915, Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) tidak mempunyai
pentadbiran yang teratur di Sabah
-
Selepas 1915, barulah pembaharuan dibuat dengan mengambil penduduk tempatan
berkhidmat dalam pentadbiran KBBU
BAB 10 PERUBAHAN CORAK EKONOMI
-
Pada akhir abad ke 19 , British menggalakkan orang Eropah terlibat dalam
pertanian niaga, manakala orang Melayu pula hanya digalakkan menjalankan
pekerjaan tradisional
-
Awal abad ke 20, penanaman getah berkembang pesat di NMB kerana harga kopi
yang rendah sedangkan harga getah adalah tinggi, perkembangan perusahaan
kereta, kedapatan buruh India yang murah, iklim dan tanah yang sesuai serta
galakan daripada H.N. Ridley
-
1922 Rancangan Pembatasan Getah Stevenson diperkenalkan untuk mengatasi
kemelesetan harga getah yang berlaku dari 1920 1940, tetapi gagal
-
1934 Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa diperkenalkan untuk mengawal
pengeluaran getah dan seterusnya menstabilkan harga getah
-
Bijih timah banyak dilombong di Lembah Kinta, Sungai Ujong, Lukut, Kelang
dan Kuala Lumpur
-
Perlombongan bijih timah dikuasai oleh pembesar Melayu sebelum dikuasai
pula oleh pelombong Cina yang berhijrah ke sini
-
1912 Kapal korek yang pertama digunakan di Batu Gajah
-
1890an Emas mula dilombong di Pahang
-
Galian seperti arang batu, antimoni, besi, mangan, bauksit dan ilmanit
turut dilombong di negara kita
-
1905 Jabatan Pertanian ditubuhkan untuk memajukan pertanian seperti nanas,
kelapa sawit, tembakau, teh dan padi
-
Perusahaan kecil juga telah bermula di Tanah Melayu seperti kilang mancis,
memproses minyak kelapa sawit, barangan getah dan barangan berasaskan kelapa
-
Sumber ekonomi utama Sarawak ialah sagu, lada hitam, getah dan petroleum
-
1914 Pengeluaran petroleum dimulakan di Sarawak
-
Sumber ekonomi utama Sabah ialah sarang burung, kelapa, padi, getah dan
kayu balak
BAB 11 PERUBAHAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PROSES
URBANISASI
-
Sungai adalah sistem pengangkutan tradisional utama di Tanah Melayu. Banyak
pelabuhan seperti Kuala Selangor, Kuala Pahang dan Kuala Terengganu diwujudkan
di kuala sungai
-
Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah menyebabkan jalanraya dan
keretapi dibina
-
1880an Jalanraya telah dibina dari Sungai Ujong ke Melaka dan Seremban
-
Landasan keretapi yang awal dibina khusus untuk mengangkut bijih timah
ke pelabuhan
-
1883 Landasan keretapi pertama dibina dari Taiping ke Port Weld (Kuala
Sepetang)
-
Pembukaan Terusan Suez (1869) dan penggunaan kapal api mengakibatkan pengangkutan
laut menjadi semakin penting
-
1900 Pelabuhan Swettenham (Kelang) dibina
-
Bandar lama banyak tertumpu di muara sungai seperti Kuala Selangor, Kuala
Bidor dan Kuala Terengganu
-
Banyak bandar baru muncul di kawasan lombong bijih timah seperti Ipoh,
Kuala Lumpur, Lukut, Taiping, Seremban, Rawang dan Kampar
-
Banyak bandar muncul di Sabah (Kudat, Sandakan dan Jesselton) dan Sarawak
(Kuching, Sibu dan Miri) kerana adanya sistem pengangkutan, peluang pekerjaan
dan dijadikan sebagai pusat pentadbiran
BAB 12 SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN BRITISH
-
Pendidikan awal di Tanah Melayu beteraskan ajaran Islam semenjak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi
-
British membiarkan Tanah Melayu mempunyai 4 jenis aliran sekolah iaitu
Sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil untuk mengukuhkan penguasaan mereka
di sini
-
1816 Sekolah Melayu yang pertama iaitu Sekolah Melayu Gelugor ditubuhkan
di Pulau Pinang
-
1922 Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan
-
1916 Jawatan Penolong Pengarah Pelajaran Aliran Melayu ditubuhkan dengan
Richard Winstedt memegang jawatan tersebut
-
Pada dasarnya, British tidak mahu orang Melayu mendapat pelajaran tinggi
kerana bimbang penguasaan mereka di Tanah Melayu terjejas
-
1816 Penang Free School ditubuhkan (percuma kepada semua bangsa dan agama)
-
1890 Sekolah Raja ditubuhkan sebelum diambil alih oleh Victoria Institution
(1893)
-
1905 Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan
-
Orang Melayu tidak suka menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris kerana
ia dianggap tidak selaras dengan Islam dan budaya Melayu
-
1911 1919 , Sekolah Cina yang menggunakan buku dan guru dari negara China
banyak ditubuhkan
-
Disebabkan oleh anasir komunis, British mula mengawal sekolah Cina
-
Sekolah Tamil juga menggunakan guru dan buku dari negara India
-
Kerajaan British telah memberikan perhatian terhadap pelajaran vokasional
dan teknik sejak abad ke 20 lagi
-
Antara sekolah yang terkenal ialah Sekolah Teknik, Kuala Lumpur (1926)
dan Sekolah Pertanian Serdang (1931)
-
Pelajaran tinggi di Tanah Melayu bermula apabila Sekolah Perubatan King
Edward VII (1905) dan Kolej Raffles (1929) ditubuhkan di Singapura
-
Di Sabah dan Sarawak, kedatangan British mengakibatkan mubaligh Kristian
menubuhkan sekolah-sekolah mereka di sana
BAB 13 PENGARUH NASIONALISME DARI NEGARA LUAR
-
Kejayaan Jepun menewaskan China (1894-1895) dan Russia (1905) memberi kesedaran
dan semangat kepada negara lain di Asia
-
Gerakan Pan Islam di Turki (untuk menyatukan umat Islam dibawah naungan
Empayar Turki / Uthmaniah) telah mempengaruhi umat Islam di Tanah Melayu
-
1923 Turki diisytiharkan sebagai Republik oleh gerakan Golongan Turki
Muda pimpinan Mustapha Kamal Attartuk
-
1938 Golongan Kaum Muda di Tanah Melayu menubuhkan Kesatuan Melayu Muda
(KMM)
-
1850an Gerakan Pemulihan Islam pimpinan Sayid Jamaluddin Al-Afghani muncul
di Mesir
-
Bekas pelajar Melayu di Mesir telah menubuhkan gerakan Islah Islam
-
1909 Sarekat Dagang Islam ditubuhkan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo di
Indonesia
-
1920an Pengaruh Sarekat Islam tersebar di Tanah Melayu
-
1920 Parti Komunis Indonesia (PKI) ditubuhkan oleh Semaun dan Tan Malaka
dan cuba mempengaruhi penduduk di Tanah Melayu, tetapi gagal
-
Golongan terpelajar, terutama di MPSI telah terpengaruh dengan perjuangan
Partai Nasional Indonesia (PNI) yang ditubuhkan oleh Sukarno dan Sartono
pada 1927
BAB 14 KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN MELALUI
PENULISAN
-
Akhbar dan majalah dapat memberi kesedaran dan menyebarkan semangat kebangsaan
penduduk Tanah Melayu
-
1906 Akhbar Al-Imam diterbitkan di Singapura oleh golongan Kaum Muda
pimpinan Syed Syeikh Al-Hadi yang bertentangan pendapat dengan Kaum Tua
-
Penerbitan Al-Imam bertujuan untuk menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran
dan mencapai kemajuan sosial dan ekonomi serta kembali kepada Al-Quran
dan Hadis
-
Julai 1928 Akhbar Saudara diterbitkan oleh Syed Syeikh Al-Hadi untuk
meneruskan perjuangan Kaum Muda
-
Kaum Tua telah menerbitkan akhbar Al-Ikhwan, Idaran Zaman dan Semangat
Islam untuk menentang Kaum Muda
-
1939 Akhbar Utusan Melayu diterbitkan dengan Rahim Kajai menjadi Pengarang
pertamanya
-
Akhbar Utusan Melayu menjadi lambang perpaduan, perjuangan dan kegigihan
orang Melayu
-
Akhbar-akhbar lain yang diterbitkan ialah Warta Malaya (1930), Majlis (1935
akhbar kebangsaan yang pertama), Fajar Sarawak, Jawi Pranakan (1876
1885) dan Surat Kabar Pranakan (1891)
-
1881 Akhbar Cina yang pertama iaitu Lat Pau diterbitkan
-
1877 Akhbar Tamil yang pertama iaitu Ulaga Nesan diterbitkan
-
Penulisan puisi dan cerpen di dalam akhbar sering membangkitkan semangat
kebangsaan
-
Novel seperti Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila (1914) penulisan
Pak Sako juga membangkitkan semangat nasionalisme Melayu
BAB 15 PERJUANGAN BADAN DAN KESATUAN
-
Persatuan-Persatuan Melayu banyak berbentuk kenegerian kerana semangat
kenegerian orang Melayu yang tebal
-
1926 Kesatuan Melayu Singapura ditubuhkan oleh Mohammad Eunos Abdullah
dan menggesa orang Melayu bersatupadu dan bekerjasama
-
Persatuan-persatuan Melayu yang lain ialah Kelab Putera (1929 di Kelantan),
Persatuan Melayu Perak (1937), Persatuan Melayu Pahang (1938), Persatuan
Melayu Selangor (1938), Persatuan Melayu Negeri Sembilan (1938) dan Persatuan
Melayu Kelantan (1939)
-
Persatuan-persatuan ini bertujuan untuk memajukan sosial, ekonomi dan mutu
pelajaran orang Melayu
-
1930 Akhbar Pengasoh mencadangkan penubuhan Persatuan Melayu Semenanjung
yang bersifat kebangsaan, tetapi gagal
-
1938 Kesatuan Melayu Muda (KMM) iaitu persatuan Melayu pertama yang terlibat
dalam politik ditubuhkan oleh Ibrahim Yaacob di Kuala Lumpur
-
Penubuhan KMM yang bersifat radikal bertujuan untuk melindungi hak Melayu,
menggulingkan British dan menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia (Melayu
Raya)
-
Kebanyakan pemimpin dan ahli KMM ialah beksa pelajar MPSI dan mereka banyak
dipengaruhi oleh perjuangan Partai Nasional Indonesia
-
Ogos 1939 Kongres Melayu yang pertama diadakan di Kuala Lumpur (perhimpunan
semua persatuan Melayu)
-
Kegiatan politik orang Cina dan India banyak tertumpu ke negara asal mereka
-
Parti Kuomintang (KMT) dari China menjalankan kegiatan politik mereka di
Tanah Melayu melalui sekolah-sekolah Cina
-
1930 Ahli-ahli komunis dalam KMT telah menubuhkan Parti Komunis Malaya
(PKM)
-
1937 Persatuan India Pusat Tanah Melayu (CIAM) ditubuhkan sebagai wadah
kaum India menyatakan kehendak politik mereka kepada kerajaan British
-
Persatuan-persatuan di Sarawak tidak dibenarkan terlibat dalam politik
oleh Kerajaan Brooke
-
Sebelum perang dunia ke 2, pertubuhan politik tidak wujud di Sabah
DITULIS OLEH GURU SEJARAH
SEKOLAH
MEN. KEB. (F) BESOUT,
35600
SUNGKAI,
PERAK
DARUL RIDZUAN