Suara Web Master

Assalamualaikum wth.

Apa khabar ? Terima kasih kerana sudi belayar di laman web ini. Sebenarnya Homepage SMK Felda Besout ini tercipta dengan keinginan yang tinggi untuk menghasilkan laman web sekolah.

Berbagai cabaran dan dugaan yang saya hadapi. Akhirnya, Alhamdulillah tahun 1999 ini saya berjaya juga menghasilkan Laman Web ini di Internet.

Best Homepage SMK Felda Besout merupakan homepage sekolah kedua di daerah Batang Padang.

Minat dan cabaran dari bekas Pengetua En. Mohd Saaid bin Haji Sulaiman (1998) mendorong saya berusaha untuk menjayakan Laman Web ini.

Sokongan jua saya terima dari keluarga tercinta, Tuan Pengetua  Tuan Haji Ibrahim Ahmadrakan -rakan Literasi Komputer Negeri Perak, terutama penyelaras Literasi Komputer  En. Ibrahim Mohamad dari Jabatan Pendidikan Perak, rakan sejawat di sekolah dan rakan-rakan praktikum UPSI.

Saya mengharapkan sokongan dan idea dari anda untuk membaiki Laman Web ini. Apa-apa cadangan, maklumat tambahan dan komen sila hubungi saya:
 
 
 

Suara Web Master
Unit Teknologi Maklumat
SMKF Besout
Sungkai, Perak Darul Ridzuan.
MUKA DEPAN                        Kenali Diriku