KURIKULUM SMKF Besout: Unit Teknologi Pendidikan 
TEKNOPEN
PUSAT SUMBER SEKOLAH
 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN  FELDA BESOUT

Objektif Pusat Sumber Sekolah

1. Meningkatkan taraf pengajaran-pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik.

2. Menggalakkan murid-murid dan guru-guru menggunakan  pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya mereka tidak semata-mata bergantung kepada buku teks dan kaedah “ chalk and talk “ sahaja.

3. Menggalakkan tabiat gemar membaca , tabiat belajar sendiri, tabiat ingin tahu atau bertanya di kalangan murid-murid melalui penggunaan bahan di Pusat Sumber Sekolah.

4. Membantu  guru-guru dan murid-murid dalam usaha menghasil dan menilai berbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

5. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang  berbeza antara satu dengan lain.

6. Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat dan membuat kerja-kerja rujukan.


FALSAFAH  PUSAT SUMBER SEKOLAH

Proses pengajaran dan pembelajaran belum mencapai tahap kesempurnaan jika ketiadaan sumber-sumber bahan bantuan pengajaran. Kewujudan Pusat Sumber Sekolah dapar merealisasikan jalinan dua hala di antara murid dan guru. Kejituan dan kewujudan sesi interlude yang berlaku di dalam bilik darjah bergantung kepada tahap keberkesanan serta kekerapan penglibatan seseorang individu terhadap Pusat Sumber. Keceriaan dan iklim Pusat Sumber Sekolah yang sehaluan dengan perkembangan mental mendorong lagi ke arah mencapai tangga kemahiran yang optima.


Misi Pusat Sumber Sekolah

Misi program Pusat Sumber Sekolah adalah untuk memastikan bahawa murid dan guru merupakan pengguna idea-idea dan maklumat berkesan.

Misi Media Pusat Sumber Sekolah merentasi beberapa objektif khusus:

1. Untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat.
2. Untuk menawarkan kemudahan dan laluan fizikal kepada maklumat.
3. Untuk menawarkan kemudahan pengalaman belajar yang menggalakkan pengguna menjadi pelanggan yang pelbagai dan pencipta maklumat yang mahir.
4. Untuk menawarkan kepimpinan, pengajaran dan bantuan rundingcara dalam penggunaan teknologi maklumat dan pengajaran.
5. Untuk menawarkan sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat


PENGURUSAN AKTIVITI PSS
CARTA JAWATANKUASA INDUK
 (MAJLIS TEKNOLOGI PENDIDIKAN)
 
     PENGERUSI
     Tn. Hj. Ibrahim bin Ahmad
     (Pengetua)
             NAIB PENGERUSI  I
        En. Ahmad Zamili b. Mokhtar
               (Penolong Kanan)
          NAIB PENGERUSI II
       En. Alias Hj. Tasir
            (Pen. Kanan HEM)
        SETIAUSAHA
                Pn. Hjh. Saidatul Sahariah binti Hj. Sanusi
                  (Penyelaras Teknologi Pendidikan)
                PEN. SETIAUSAHA
            Pn. Hjh. Zainon binti Md Jan
                    (Setiausaha Teknologi Pendidikan)
            AHLI JAWATANKUASA:
                   Penyelia Petang
     Guru Perpustakaan
                   Guru Media & Fotografi
                   Guru Bilik Gerakan
                   Guru Siaraya
                   Guru Buletin & Majalah
                   Guru Teknologi Maklumat
                   Guru Papan Kenyataan
         Penyelaras-penyelaras Tingkatan

CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER
          PENGERUSI
    En. Zamili bin Mokhtar
      (Penolong Kanan)
      NAIB PENGERUSI
 Pn Hjh. Saidatul Sahariah bt. Hj. Sanusi
SETIAUSAHA
Hjh. Zainon bt. Md Jan
BENDAHARI
  Cik Norzianie Che Mansor
   NAIB SETIAUSAHA
 Cik Paizah bt. Mat Wadi
AHLI JAWATANKUASA
Guru-guru Perpustakaan
   Guru-guru Media dan Fotografi
 
 
 

KEMUDAHAN FIZIKAL

Bil Kemudahan Yang  Ada 0=Tiada
1= Ada Cukup/Sesuai Kurang/T Sesuai Ulasan/Syor

a. Bilik/ruang membaca /
b. Ruang rujukan 0
c. Bilik Tayangan /
d. Bilik BBM /
e. Ruang belajar sendiri(karel) 0
f. Bilik Kerja /
g. Ruang/Sudut Bercerita 0
h. Kaunter Edaran /
i. Meja/Kerusi /
j. Rak buku / /
k. Rak majalah / /
l. Rak akhbar / /
m. Rak menyimpan carta /  Kurang
n. Rak peta /  t/Sesuai
o. Rak kaset/video /


REKOD STOK /JADUAL WAKTU

Bil. Perkara 0=Tiada
1 =Ada Ulasan/Catatan

a. Buku Rekod Perolehan  1
b. Buku Stok Peralatan Media  1
c. Buku Stok Bahan Media  1
d. Rekod Perolehan Majalah  1
e. Rekod Perolehan Akhbar  1
f. Rekod Pinjaman Buku(Murid)  1
g. Rekod Penggunaan Peralatan(Guru)  1
h. Jadual Waktu Penggunaan PSS  1
1. Jadual Giliran Kerja Pengawas PSS  1
 


KOLEKSI BAHAN-BAHAN BERCETAK

BAHAN B.M B.I. B. CINA B.TAMIL B.ARAB JUMLAH
Buku 8117 1562 - - 12 9691naskah
Majalah 10 3 - - - 1naskah
Akhbar 3 3 - - - 6naskah
Fail Tegak 27 2 - - - 29naskah



 
 
BUTIRAN BUKU DI PSS

JENIS BUKU BILANGAN
000         408
100         45
200         792
300         770
400         892
500         992
600         647
700         274
800         224
900         793
Fiksyen   3901


PERKAKAS DAN PERISIAN(ALAT DAN BAHAN MEDIA)
 
 
 

Bil. Alat/Bahan Jumlah Catatan
a.     TV Warna     2
b.     Radio/Kaset 3
c.     Perakan Video 2 1 Rosak
d.     Kamera Video 1
e.     Projektor Slaid 1
f.     OHP 4 2 Rosak
g.     Projektor Filem Jalur Tiada
h.     Kamera Foto 1
i.     Papan  Pamer Tiada
j.     Komputer 21
k.     Pita Audio Tiada
l.     Pita Video 12
m     Perisian Komputer 2
n.     Peta 40 Geografi/Sejarah
o.     Model 3D 20 Matematik/Sains
p.     Printer Komputer 2
 


SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER

Pengawasan

1 Memastikan PSS dalam keadaan terkawal
2 Menguruskan pinjaman dan pulangan buku
3 Memastikan buku, akhbar, majalah dan risalah dalam keadaan sedia u tuk digunakan
4 Mengemas dan membersihkan Pusat Sumber
5 Menyusun buku mengikut pengkelasan di rak
6 Memberi amaran kepada pengguna yang mengganggu ketenteraman
7 Membuat bancian buku-buku yang dipinjam setiap hari
8 Memberi khidmat dan tunjuk ajar kepada pengguna ketika mencari bahan
9 Bertanggungjawab untuk hadir pada hari-hari yang diamanahkan untuk mengawas  dan bertugas.

Proses Buku

1 Mengecap, menampal kad poket, kad pinjaman dan kad pulangan, membalut buku  dengan plastik  serta melabel.
2 Mencatat maklumat mengenai buku di atas kad pinjaman dan poket buku.

Katalog-Mengkatalog

1 Membantu guru menyelaras maklumat untuk diisikan ke dalam kad katalog.
2 Menyusun kad katalog dalam kabinet kad katalog mengikut katalog terpisah (Dua  Bahagian)

Baik Pulih Buku

1 Mengesan dan mengasingkan buku-buku yang rosak.
2 Membaik pulih bahan yang boleh digunakan.

Bahan Berkala / Risalah

1 Merekodkan langganan akhbar harian dan majalah.
2 Mengemaskinikan akhbar dan majalah dari semasa ke semasa.
3 Menggunting artikel daripada akhbar yang telah tamat tempoh simpanan selama  sebulan untuk  dijadikan Fail Tegak / Buku Skrap.

Tugas-Tugas Lain

1 Memastikan lampu dan kipas dipadamkan sebelum meninggalkan Pusat Sumber.
2 Memastikan bilik-bilik sentiasa bersih dan kemas
3 Menjalankan tugas-tugas semasa yang ditetapkan oleh Guru Pusat Sumber.
4 Membantu guru-guru PSS dalam apa jua perkhidmatan yang diperlukan.
 

 PENGLIBATAN MENYELURUH PANITIA

Panitia membantu dalam pemilihan bahan-bahan untuk PSS terutamanya bahan
buku.Aktiviti-aktiviti  PSS disalurkan melalui panitia seperti Pameran Hari
Kebangsaan oleh Panitia Sejarah, Bulan Bahasa Oleh Panitia BM, BI, BA dan Sastera

PERANCANGAN KEMUDAHAN ASAS P & P


 
 
PERANCANGAN PUSAT SUMBER DALAM P&P

1 Menyelaraskan jadual penggunaan pusat sumber.

Setiap kelas akan masuk ke pusat  sumber sekali  seminggu semasa mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa  Inggeris.

2 Mini Pustaka Kelas

 Setiap kelas diwajibkan mewujudkan sudut mini pustaka kelas.
 

3 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

 Unit BBM ditubuhkan bagi meningkatkan pencapaian akademik murid.  Guru-guru  digalakkan  untuk menggunakan BBM bagi mempelbagaikan kaedah mengajar  disamping menjadikan P&P  lebih menarik  dan tidak membosankan.

4 Menambah koleksi software bagi Radio dan TV.

5 Menambah bahan bacaan di Pusat Sumber sekolah.

6 Membekalkan maklumat kepada pelajar dan juga guru-guru.

7 Membantu dalam meningkatkan kemahiran membaca dan meluaskan  perbendaharaan kata melalu panitia matapelajaran.

8 Menyediakan bahan-bahan untuk subjek yang meliputi semasa kurikulum dan  memenuhi ruang keperluan serta minat.

9 Menyediakan bimbingan membaca dan meransang perkembangan pelajar dan peka  dalam   perbendaharaan kata yang dapat diperolehi daripada pembacaan dan lebih  menghargai bahan-bahan yang bermutu.

10 Mengajar pelajar-pelajar bagaimana menggunakan buku dan perpustakaan serta  boleh membantu mereka di dalam menyediakan  dan memperoleh bahan untuk tujuan   penyelidikan.

11 Jadual penggunaan pusat sumber (waktu PSS dibuka)

 Isnin -Jumaat     8:30 pagi     - 12:30 tengahari
                         2:30 petang  -   5:30 petang

 Sabtu                8:30 pagi - 12:30 tengahari
 
 

PROMOSI

1 Taklimat pelajar Tingkatan Satu.
2 Pameran buku-buku terbaru
3 Pameran buku daripada penerbit buku berdekatan.
4 Anugerah peminjam buku terbanyak.
5 PSS di kawasan sekolah
6 Projek Hijau / keceriaan sekolah.
7 Poster yang diletakkan ditempat-tempat strategik.
8 Kulit luar buku yang berwarna warmi diletakkan ditempat yang mudah dilihat oleh  pelajar.


PROGRAM / TUGASAN  1999
 
 
 

BIL AKTIVITI              PERLAKSANAAN
                                                     J    F    M    A    M    J    J    A    S    O    N
1 Taklimat Pelajar Tingkatan Satu   *
2 Buku Skrap                      *
3 Ulasan Buku                      *    *     *    *    *     *     *     *
4 # Pameran Bertema                      *     *     *   *    *     *     *
5 Pameran Buku                      *                        *
6 # Bulan Gerakan Membaca                      *
7 # PSS di Kawasan Sekolah                      *    *     *    *    *     *     *
8 # Projek Hijau / Keceriaan PSS *    *    *      *     *     *    *    *    *      *     *
9 # Perlantikan Pengawas             *
10 # Kursus Pengawas                       *
11 # Album PSS                             *
12 Pinjaman/Pulangan Buku       *   *        *    *    *     *    *    *      *     *
13 Pengawas PSS *    *   *       *     *    *     *    *    *      *     *
14 Pemerosesan Buku *    *   *       *     *    *     *    *    *      *     *
15 # Bank Soalan *    *   *       *     *    *     *    *    *      *     *
16 Buku Stok                                                       *
17 Tayangan Video / TV                      *     *    *     *    *    *      *
18 Sesi Fotografi                                           *
19 Bahan Bantu Mengajar *     *   *      *     *     *     *    *    *      *    *
20 # Hari Pengawas                             *
21 Papan Kenyataan  *    *   *      *     *     *     *    *    *      *    *
22 Baik Pulih Buku
23 # Projek Banyak Membaca  *    *   *      *     *     *     *    *    *      *     *
 


PENGGUNAAN

Guru-guru selalu membuat rujukan untuk P & P di PSS. Disamping itu guru-guru juga
menggunakan PSS untk aktiviti pengukuhan.Aktiviti-aktiviti kuiz , syarahan dan berbalas
pantun juga menggunakan kemudahan PSS.
 


KAKITANGAN PEMBANTU

PSS menggunakan khidmat seorang pekerja sambilan yang menerima saguhati
RM 200.00 sebulan sumbangan daripada pihak PIBG SMK Felda Besout
PSS juga turut dibantu oleh Lembaga Pengawas PSS
 


PENILAIAN KEBERKESANAN SECARA AM

a) Penggunaan perpustakaan di kalangan warga sekolah adalah pada tahap amat memuaskan.  Budaya membaca belum dapat dihayati lagi.  Namun minat membaca telah wujud.
b) Penggunaan bahan media adalah memuaskan.
c) Penggunaan BBM masih kurang di kalangan guru-guru. Jenis bahan yang ada tidak pelbagai.  Lokasi bilik BBM merupakan satu faktor mengurangkan penggunaan BBM..



MUKA DEPAN

Data dikemaskini pada 24 Mac 1999