FastCounter by LinkExchange
      KURSUS MEMBINA LAMAN WEB UTUSAN MEGABAIT

Makmal Komputer Sekolah bermula semenjak November 1996, apabila 21 buah komputer sampai dan kemudahan makmal lengkap. Makmal digunakan untuk:

 Aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit Teknologi Maklumat:
14.5.1997 - Kursus Dalaman -Sistem Pengoperasi (DOS)
11.6.1997 - Bengkel Penyediaan "Mark Sheet" MS Excel
14.6.1997 - Bengkel Penyediaan "Mark Sheet 2"
_._.1997 - Bengkel Penyediaan "Mark Sheet 3"
18.10.1997- Persembahan Multimedia Perasmian hari Anugerah.
11.3.1998 - Kursus Dalaman CAL - Panitia Bahasa Inggeris
11.4.1998 - Bengkel CAL - Rintis Multimedia
18-19.6.1998 - Pameran Sains, Teknologi & Matematik
11.7.1998 - Pameran Hari Kokurikulum
29.8.1998 - Perasmian Hari Anugerah 1998
10.3.1999 - Kursus Asas DOS dan Windows Untuk Guru-Guru.
19.3.1999 - Bengkel Rintis Multimedia - menghasilkan Bahan P&P
 
Lagu:Cinta IT
Projek "Rintis Multimedia"
CAL-COMPUTER AIDED LEARNING
(PPBK - Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer)

1.0 TAJUK

Rintis Multimedia

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi dan Sairis dengan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer PPBK) lebih menarik, interaktif dan berkesan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi  dan Sains dengan penggunaan media komputer dalam P&P.

3.2 Menggalakkan guru mempelbagaikan kaedah P&P dengan menggunakan kemudahan makmall komputer sekolah.

3.3 Pelajar berpeluang mengikuti proses P&Petang dengan lebih menarik, interaktif dan berkesan.

4.0 RASIONAL

Sekolah mempunyai kemudahan sebuah MakmaI Komputer yang dilengkapi dengan 21 komputer multimedia. Komputer juga dihubungkan oleh Sistem Rangkaian Setempat LAN). Makmal Komputer setakat ini hanya digunakan untuk mata pelajaran tertentu sahaja seperti Literasi Komputer dan Rekacipta. Adalab lebih baik kemudahan yang ada itu digunakan sepenuhnya dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sains darn lain-lain. Dengan kemajuan sistem komputer multimedia kini Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer akan meningkatkan prestasi akademik pelajar kerana jika digunakan secara yang betul P&P akan lebih menarik dan berkesan lagi.

5.0 KUMPULAN SASAR

5 1 Kelas-kelas yang terpilih ialah:

Tingkatan 3 An Nur, 3 Raya dan 3 Mawar
Tingkatan 5 Raya, 5 Mawar dan 5 Teratai
 
5.2 Mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi dan Sains.
 

6.0 SUMBER

6.1. Sebuah Makmal Komputer.
6.2. 21 buah komputer dihubungkan oleh LAN.
6.3 CD Multimedia yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan
6.3. Guru-guru yang berkemahiran dalam penggunaan komputer.
 

7.0 JANGKAMASA

April hingga Oktober
 

8.0 STRATEGI PELAKSANAAN

8 1 Jawatankuasa Projek Rintis Multimedia:

 Pengerusi En. Adnan Md. Isa
 Setiausaha Cik Normah binti Abdullah
 AJK Pn.  Masenu Norashadri binti Abdullah
 Cik Normawati binti Abdullah
 Cik Gawri a/p Narayanasamy
 Pn. Rusnina binti Mansor
 En. Zambri bin Jaafar
 

8 2 Program ini dijalankan kepada pelajar-pelajar yang baik pencapaiannya ah~nya sebagai bahan pengayaaan dalam P&P.

8.3 Program ini dilaksanakan dalam empat mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geograti dan Sains.

8.4 Guru-guru mengajar topik-topik pilihan di dalam Makmal Komputer, berdasarkan kesesuaian pengajaran berbantukan komputer

8.5 Guru menggunakan bahan P&P yang sedia ada di pasaran atau bahan yang dibina sendiri oleh guru.

8.6 Kursus dan bengkel penghasilan bahan P&P berbantukan komputer dianjurkan kepada guru-guru panitia yang terlibat yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Projek Rintis Multimedia/Jawatakuasa Teknologi Maklumat sekolah.
 

9.0 PENILAIAN DAN TINDAK SUSUL

9.1. Pemantauan Projek Rintis Multimedia liii daakukan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

9.2. Bengkel penghasilan bahan P&P dibuat berterusan sekurang-kurangnya tiga kali dikendalikan oleh jawatankuasa projek.

9.3 Perbincangan masalah dan cara mengatasi projek yang dlaksanakan juga dibincangkan dalam siri bengkel yang diadakan.
 

Diharapkan projek ini berjaya meningkatkan kualiti P&P dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang. Walau bagaimanapun dalam projek Rintis Multimedia ini, komputer tidaklah digunakan sepenuhnya sepanjang 70 minit P&P berjalan. Komputer hanya sebahagian bahan bantu kepada guru semasa P&P untuk menjadikan P&P lebih menarik dan berkesan.
 
 

MUKA DEPAN

Data dikemaskini pada: 11 Mac 1999